Makkah Groceries & Frozen Food
Bermula sebagai pembekal barangan runcit import, kini Makkah Groceries & Frozen Food terus berkembang dari semasa ke semasa dengan menawarkan perkhidmatan tambahan seperti makanan sejuk beku import termasuk daging kambing, daging lembu, ayam dan banyak lagi dari pelbagai negara. Perkhidmatan pembekalan makanan sejuk beku kami bukan sahaja memenuhi keperluan komuniti tempatan, malah turut membekalkan kepada hotel-hotel dan restoran ternama di sekitar Langkawi.
Antara barangan runcit yang kami sediakan termasuk Beras Basmati, Kopi, Madu, Kurma, Rempah Ratus, Keju, Minyak Zaitun, peralatan Shisha dan banyak lagi!
Fokus utama kami adalah untuk membekalkan barangan runcit import dan makanan sejuk beku kepada penduduk tempatan, hotel serta restoran di sekitar Pulau Langkawi.

Barangan Runcit Lengkap
Kami adalah pembekal utama barangan runcit import dan sejuk beku import di sekitar Pulau Langkawi. Antara barangan runcit yang dibekalkan oleh Makkah Groceries & Frozen Food ialah Beras Basmati, Kopi, Madu, Kurma, Rempah Ratus, Keju, Minyak Zaitun, Barangan-barangan Shisha dan sebaginya.
Lokasi Strategik
Kami beroperasi di dua lokasi yang sangat strategik – Pekan Kuah, Langkawi dan Putrajaya – bagi memudahkan anda mendapatkan barangan runcit import kegemaran anda.
Di Langkawi, kedai kami terletak di kawasan utama Pekan Kuah, dikelilingi oleh hotel-hotel 5 bintang, pejabat kerajaan & swasta, serta komuniti setempat yang sentiasa mencari barangan runcit import. Kami juga menjadi pilihan utama sebagai pembekal barangan sejuk beku import untuk hotel-hotel sekitar pulau.
Di Putrajaya pula, lokasi kami memudahkan pelanggan sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan produk berkualiti yang sama, tanpa perlu menunggu penghantaran dari Langkawi.
Dengan kedua-dua cawangan ini, anda boleh menikmati produk segar dan berkualiti – sama ada anda berada di Langkawi mahupun di Putrajaya.
Galeri
Lawatan Oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Makkah Groceries & Frozen Food
Makkah Groceries & Frozen Food bermula dengan perkhidmatan barangan runcit import dan telah berkembang secara berterusan dari masa ke masa. Hari ini, kami memberi tumpuan kepada dua kekuatan utama:
Penghantaran ke Rumah – Nikmati barangan runcit import dan makanan sejuk beku berkualiti tinggi seperti kambing, daging lembu, ayam, dan banyak lagi yang dihantar terus ke depan pintu rumah anda.
📦 Buat Pesanan Penghantaran Sekarang (Putrajaya)
Perkhidmatan Pembekalan – Kami adalah pembekal dipercayai untuk hotel, restoran, dan perniagaan terkemuka di Langkawi dan Putrajaya, menyediakan kualiti dan kebolehpercayaan yang konsisten.
Dengan pertumbuhan yang berterusan, kami kekal komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada isi rumah dan perniagaan dengan cemerlang.

Barangan Makanan Sejuk Beku Import dari Negara Luar
Kami mengimport makanan sejuk beku dari negara-negara luar seperti Arab Saudi, New Zealand, Australia dan Yaman
Antara barangan sejuk beku yang dibekalkan ialah daging kambing, lembu, ayam dan lain-lain

Barangan Runcit (Makanan dan Harian) Import
Kami adalah pembekal utama barangan runcit yang diimport dari negara-negara Timur Tengah.
Antara barangan yang dijual ialah Beras Basmati, Kopi, Madu, Kurma, Rempah Ratus, Keju, Minyak Zaitun dan sebagainya

Perkhidmatan Pembekalan Makanan Sejuk Beku secara Pukal
Kami juga menyediakan perkhidmatan pembekalan makanan sejuk beku secara pukal kepada hotel-hotel, penginapan, restoran dan sebagainya.
Perkhidmatan ini dilengkapi dengan servis Penghantaran Percuma ke sekitar Putrajaya atau Pulau Langkawi dengan Kualiti dijamin Terbaik.

Perkhidmatan Pembekalan Makanan Sejuk Beku Harian
Bagi penduduk tempatan yang mencari makanan sejuk beku import secara runcit, kami juga menjualnya dengan harga yang sangat berbaloi.
Antara barangan makanan sejuk beku import yang dijual adalah daging kambing, lembu, ayam, frech fries dan lain-lain pada kualiti yang tertinggi